Wednesday 5 August 2015

Tajuk 2: Penjagaan muka sebagai asas kesantunan

Tajuk 2: Penjagaan muka sebagai asas kesantunan







KONSEP PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN
  • Merujuk kepada air muka
  • Berkait rapat dengan maruah diri.
  • Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka seperti muka tembok, muka papan dan sebagainya. Ini menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka.
  • Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imej sendiri dan juga keluarga.
  • Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
  • Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar.
  • Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, penggunaan mulut perlulah dikawal.
  • Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain.
  • Kata-kata menggambarkan hati. Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut. Oleh itu, hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.


BAGAIMANA MENJAGA MARUAH DIRI ? 

  • Memakai baju yang bersesuaian iaitu tidak ketat dan jarang .
  • Bercakap dengan sopan.
  • Menjaga cara pergaulan kita . Contohnya , memberi salam kepada orang yang lebih tua daripada kita apabila kita tertemunya. 




AKIBAT TIDAK MENJAGA MUKA 

  • Kehidupan tidak diberkati
  • Dipandang rendah oleh masyarakat dan orang sekeliling
  • Negara menjadi tidak aman .
  • Melahirkan masyarakat yang kucar-kacir.


KEBAIKAN MENJAGA MARUAH DIRI
  • Dihormati oleh masyarakat.
  • Imej sendiri dan keluarga terpelihara. 
  • Melahirkan masyarakat bersatu padu ,  sejahtera dan negara aman
  • Akan disayangi dan disukai oleh orang sekeliling

KONSEP PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN DALAM 

CERPEN

Cerpen 'Memori Seorang Tua' karya Zahari Affandi, antologi Harga Remaja
  • "Pak, cantik tak?" laung Jali kepada Pak Itam yang masih terjenguk di jendela.

Penggunaan kata 'pak' menunjukkan Jali menghormati dan menjaga status Pak Itam sebagai seorang yang lebih tua daripadanya.

Cerpen 'Israk' karya Erda Roslan Khairi, antologi Harga Remaja
  • "Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti," kata Mikraj.
  • "Tak perlu!" Israk menghayun kata-kata.
  • "Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini?" Suara Mikraj semakin lama semakin meninggi.
  • Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, "Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?"

Perbualan di atas menggambarkan Israk seorang yang tidak menunjukkan kesantunannya ketika bertutur dengan adiknya, Mikraj.

Cerpen 'Idola' , antologi Harga Remaja
  • "Saudara berhentilah memuji saya. Sau... saudara pujilah diri saudara sendiri," sambut si hero sambil menancapkan sorot matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga panggung.

Perbualan di atas menggambarkan si hero menjaga muka si penjaga panggung apabila bertutur dengannya dengan menyuruhnya berhenti memuji si hero, sebaliknya memuji dirinya sendiri.


No comments:

Post a Comment