Sunday 9 August 2015

Tajuk 2: Konsep Kesantunan Merentas Budaya

Tajuk 2: Konsep Kesantunan Merentas Budaya


Pengertian Budaya

  • Kamus Dewan Bahasa: Budaya bermaksud tamadunatau peradaban atau akal budi (cara berfikir, berlakuan dan lain-lain).
  • Dalam bahasa Inggeris, kebudyaan disebutkan sebagai culture yang berasal daripada perkataan Latin Colore yang bemaksud bernanam atau mengerjakan.
  •  Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski : segala yang terdapat dalam sesebuah masyarakat berkait rapat dengan kebudayaan masyarakat itu sendiri 
  •  Herskovits : budaya diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya
  •  Andreas Eppink : kebudayaan ialah ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.
  • Edward B. Taylor melihat budaya sebagai konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, tatasusila, undang-undang, adat-adat dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
  • Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehandakan rohani dan jasmani yang menjadi amalan kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
  •  Budaya objektif : budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat reasam, makanan dan bentuk rumah. q
  • Budaya subjektif budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan. q
  •  Budaya kompleks dari segi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum, adat istiadat dan kebiasaan


 Kesantunan Merentas Budaya
     Kesantunan yang bergantung pada budaya / perbuatan dalam masyarakat masing- masing
·         Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja q
·         Pemahaman tentang apa-apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi
·         KOMUNIKASI SILANG BUDAYA = komunikasi melibatkan pelbagai budaya
·         Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan
·         Setiap budaya mempunyai tanggapan masing- masing mengenai apa-apa yang betul / salah


DALAM KONTEKS KOMUNIKASI

                          

TINGGI :
·         Fokus kepada kandungan tersirat yang ingin disampaikan
·         Contoh : intonasi, isyarat badan dan persekitaran
·          
RENDAH :
·         Fokus kepada apa yang dinyatakan secara lisan.
·         Jelas, tepat dan terus terang.
·         Sekiranya tidak setuju, mereka akan menyatakan tidak secara terangan tanpa berkias / hanya menunjukkan isyarat setuju melalui bahasa badan / mimik muka.



Contoh Kesantunan
1. MASYARAKAT MELAYU
  • Berpegang kuat pada adat resam dan agama                        
  • Memberi salam apabila bersua
  • Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
  • Berkata sapan.
  •  Mematuhi sistem panggilan.
  •  Melayan tetamu dengan baik
  • Menghormati orang tua. 

2. MASYARAKAT CINA


  • Tunduk ketika memberi salam.
  • Orang tua makan dahulu
  • Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu sebelum bermula makan
  • Dalam tokong, tidak membenarkan memakai topi.
  •  Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah


MASYARAKAT INDIA


·         Duduk bersila semasa makan.
·         Tidak membazirkan makanan.
·         Senyap semasa bersembahyang.
·         Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
·         Mematuhi adat dan resam
·         Salam orang yan lebih tua.



Dalam Aspek Perkahwinan:
Upacara perkahwinan berbeza-beza antara kaum disebabkan oleh latar belakang budaya yang berbeza.

1.    PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU

·         ADAT MERISIKtahap awal penjodohan yang melibatkan pertemuan wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Proses ini dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua-dua belah pihak.
·         Pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati itu masih belum berpunya dan menyelidik latar belakang si gadis.  
·         MEMINANG: Ibu bapa anak dara tidak akan memberi jawapan yang muktamad. Mereka diberi tempoh untuk memberi jawapan (bertangguh) Adat ini mencerminkan budaya Melayu yang berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. 
·         AKAD  NIKAH : Suatu ajaran agama di mana doa selamat dibacakan sebagai tanda kesyukuran. Mereka akan bersalaman sebagai tanda mereka telah diijabkabulkan. 
·         UPACARA  BERSANDING: dijalankan di rumah pengantin perempuan. Air mawar akan dipercikkan pada mereka sebagai tanda doa. Tetamu diberi bunga telur sebagai tanda penghargaan.

2.    PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

·         ADAT MERISIKDijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Perbincangan antara dua buah keluarga akan diadakan. Tradisi ini diadakan untuk mengeratkan perhubungan di antara dua keluarga. Topiik perbincangan adalah berkenaan latar belakang keluarga dan asal keturunan. 
·         MEMINANG: dijalankan setelah dua keluarga berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing. Setelah dua pihak saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan
·         MAJLIS PERKAHWINAN: Upacara meminum teh diamalkan sebagai lambang penerimaan pasangan pengantin. Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menunjukkan penghormatan terhadap orang yang lebih tua dalam keluarga.
·         JAMUAN PERKAHWINAN: Saudara mara, rakan-rakan dan jiran dijemput. Mereka akan memberi ang-pau kepada pasangan pengantin sebagai tanda restu. Kedua-dua pengantin beramah mesra dengan ahli keluarga untuk menjalin hubungan yang akrab anatara dua buah keluarga. 

3. PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA

·         ADAT MERISIKPelbagai faktor (etnik, sub etnik, kasta, agama dan dll) diberi perhatian.
·         KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN: Bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah bakal pengantin perempuan untuk melihat paras rupa calon isterinya. Buah tangan dibawa sebagai tanda niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju 
·         IKAT JANJI : Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua pihak. Wakil lelaki datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dan memberikan hadiah kepada wakil perempuan. Bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut
·         UPACARA PERKAHWINAN: Untuk menghormati dan mendapat restu, menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua), sari (ibu mertua) dan wang.



No comments:

Post a Comment