Thursday 23 July 2015

TAJUK 2: KESANTUNAN BERBAHASA

Tajuk 2: kesantunan berbahasa



DEFINISI KESANTUNAN BAHASA
“ Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.”




KONSEP KESANTUNAN
v Menurut Kamus Dewan (1984), hal.  santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan

v Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan

  •  Contoh: Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.

v Cara sapaan lisan/ bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.

v Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.

v Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

v Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam.

v Pemilihan kata: Sesuai dengan

  • Situasi
  • Topik perbincangan
  • Hubungan penutur dengan pendengar

v Gaya dan ragam :

  • tidak mengejek,
  • menyindir
  • menempelak.


v Kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:

a) cara berpakaian 

b) cara bekerja

c) cara bertutur

d) cara makan
e) cara belajar
f) cara berpolitik dan lain-lain




Takrifan kesantunan daripada tokoh-tokoh dunia

  • Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. (Lakoff,1975: 64)


  • Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. (Fraser dan Nolan, 1981: 96)


  •     Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi social (Leech, 1983: 104)

-bahasa mesti halus
-beradab sopan


  • Kesantunan ialah usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (Brown&Levinson, 1987: 62)
-Bagi mereka, manusia mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada dua, iaitu muka positif dan muka negatif yang merupakan kehendak masyarakat sejagat.
-Oleh itu, memilih strategi kesantunan adalah penting bagi mengurangkan ancaman terhadap muka pendengar.



  • Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung (Asmah, 2000: 88)

-Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
-Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat



  •  Perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman. (Bayraktaroglo, 1997: 5)    -untuk mengelakkan ancaman serta ketegangan yang boleh  menyebabkan hubungan sesama manusia menjadi renggang.
                                                         

  


TARIKFAN LAIN TENTANG KESANTUNAN:



  • Held- kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar.
  • Siti Hajar Abdul Aziz (2009)- kesantunan bahasa ialah cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab.






RUMUSAN KONSEP KESANTUNAN
Kesantunan merupakan kata-kata atau perlakuan yang:
  •  sesuai
  • tidak menimbulkan konflik
  • sentiasa menjaga air muka pendengar
  • ikhlas
  • merangkumi hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia  dengan khalik.

          Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan seperti ibarat kata bijak pandai:

“Yang kurik itu kundi, 

Yang merah itu saga; 

Yang baik itu budi, 

Yang indah itu bahasa.


No comments:

Post a Comment