Saturday 4 July 2015

Tajuk 1: KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Tajuk 1 :
KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA
  • Pengertian budi
  • Pengertian Bahasa
  • Pengertian Budi Bahasa




Pengertian BUDI

  • akal, kebijaksaan, sifat baik, perbuatan baik, kebajikan.
  • berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
  • perbuatan atau kelakuan yang positif. Berbuat budi perlu lahir daripada hati yang ikhlas dan suci .
  • tabiat, kelakuan, perwatakan, perlakuan, bahasa ataupun pertuturan.

Contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang menyenangkan, memberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai muhasabah diri

  • Menurut Kamus Dewan, budi bermaksud
           1. akal dan kebijaksanaan
          2. perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak
          3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara, 
         daya upaya

  • Mustafa Haji Daud merumuskan definisi budi yang dikemukakan Yunus Maris, Kamus Dewan dan Kamus Umum Bahasa Indonesia sebagai lambang pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji.
  • Bagi masyarakat melayu, budi membawa maksud jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Lazimnya, orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan.
  • Budi bahasa merupakan satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang meyenangkan hati orang lain. Secara khusunya, budi bahasa merupakan satu elemen wajib bagi setiap individu untuk lahir sebagai insan yang sempurna dari mata masyarakat.

Pengertian BAHASA

  • alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia.
  • Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan masing-masing mempunyai makna,iaitu hubungan abstrak antara kata.
  • Bahasa berbeza mengikut bangsanya.
  • Setiap negara mempunyai bahasa rasmi. 
Contohnya, negara Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
  • bahasa merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan seharian.


Pengertian BUDI BAHASA
  • Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
  • Dalam masyarakat Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.
  • Ciri-ciri budi bahasa:
1. Bertimbang rasa
-Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum
-bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain
-memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain

2. Bertoleransi
-bersikap sabar
-sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain

3. Bertolak ansur
-tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata
-tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain
-mudah memaafkan kesalahan orang lain

4. Bersopan-santun
-lemah-lembut
-tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjukdan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain.
-perilaku yang sopan.

5. Ramah mesra
-mudah diajak berunding.
-mesra dan memberi senyuman
-penyabar dan tidak emosional.

6. Tidak mementingkan diri sendiri
-tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga.
-selalu tolong-menolong antara satu sama lain
-memberi bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan.

  • Amalan Budi Bahasa Dalam Masyarakat Majmuk Malaysia: 


1. bangsa Melayu:
-Berpegang kuat pada adat resam dan agama. 
-Tidak manis/ tidak sopan anak dara duduk bersila.
-Memberi salam apabila bersua.
-Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.


2. bangsa Cina:
-Tunduk ketika memberi salam.
-Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda.
-Menunggu semua ahli keluarga ketika makan.
-Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi.
-Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.


3. bangsa India:
-Duduk bersila ketika makan.
-Tidak membazirkan makanan.
-Senyap semasa bersembahyang.
-Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil.
-Mematuhi adat dan resam.
-Salam orang yang lebih tua.




1 comment: