Tuesday, 7 July 2015

Tajuk 1: Ciri-ciri Budi Bahasa



Tajuk 1:
CIRI-CIRI BUDI BAHASA


Seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:


(1) Bertimbang rasa

  • Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum.
  • bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
  • memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain.



(2) Bertoleransi

  • bersikap sabar
  • sikap dapat menerima atau menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain



(3) Bertolak ansur

  • tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata
  • tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain
  • mudah memaafkan kesalahan orang lain



(4) Bersopan-santun

  • lemah-lembut
  • tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjukdan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain.
  • perilaku yang sopan.



(5) Ramah mesra

  • mudah diajak berunding.
  • mesra dan memberi senyuman
  • penyabar dan tidak emosional.



(6) Tidak mementingkan diri sendiri

  • tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga.
  • selalu tolong-menolong antara satu sama lain
  • memberi bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan.



Lima ciri lain yang dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa ialah

  • Pemaaf
  • Bersifat sabar
  • Bersikap positif
  • Memiliki kesantunan yang tinggi
  • Bersopan santun





















BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

1) Faktor amalan budi bahasa vital dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia

  • Dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
  • Melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun.
  • Industri pelancongan juga turut meningkat.
  • Pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan.
  • Dihormati oleh orang lain.
  • Mudah didampingi oleh orang lain.
  • Mudah mendapatkan pertolongan daripada orang lain tidak kira apa bangsa ketika berada dalam kesusahan.
  • Melahirkan individu yang beretika dan bersopan-santun.
  • Melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia.


2) Cara mewujudkan amalan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia.

  • Kempen budi bahasa.
  • Sebagai institusi pendidikan, sekolah dan pusat pengajian lain mesti mempertingkat kefahaman pelajar tentang nilai murni menerusi pelbagai subjek diajar.
  • Pendidikan agama dan moral, pendidikan akademik sangat penting untuk anak-anak.
  • Ibu bapa menjadi teladan dan contoh yang baik kepada anak-anak supaya diikuti oleh anak-anak.
  • Media massa menyiarkan rancangan televisyen seperti drama yang menunjukkan amalan budi bahasa.
  • Memberi salam antara satu sama lain.
  • Saling menolong dan membantu.
  • Guna nada suara yang menyenangkan semasa bertutur.



3) Contoh-contoh budi bahasa dalam masyarakat Malaysia.

  • Menghormati Orang lain. cth: mencium tangan orang yang lebih tua.


  • Sentiasa senyum.

  • Membantu Orang Kurang Upaya Melintas Jalan.

  • Cinta akan negara

  • Menyayangi alam sekitar 

  • Sopan Santun




Kesimpulannya , orang yang berbudi bahasa memiliki akhlak yang sangat mulia yang terpancar melalui tutur kata yang halus , tingkah laku yang sopan santun , pemikiran yang luhur , perasaan yang tenang , gerak laku yang tertib , hati yang mulia , sentiasa memberikan kebaikan kepada orang lain dan tidak hanya mementingkan diri sendiri sahaja.




No comments:

Post a Comment