Pengertian Budaya
- Kamus Dewan Bahasa: Budaya bermaksud tamadunatau peradaban atau akal budi (cara berfikir, berlakuan dan lain-lain).
- Dalam bahasa Inggeris, kebudyaan disebutkan sebagai culture yang berasal daripada perkataan Latin Colore yang bemaksud bernanam atau mengerjakan.
- Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski : segala yang terdapat dalam sesebuah masyarakat berkait rapat dengan kebudayaan masyarakat itu sendiri
- Herskovits : budaya diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya
- Andreas Eppink : kebudayaan ialah ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.
- Edward B. Taylor melihat budaya sebagai konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, tatasusila, undang-undang, adat-adat dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
- Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehandakan rohani dan jasmani yang menjadi amalan kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
- Budaya objektif : budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat reasam, makanan dan bentuk rumah. q
- Budaya subjektif : budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan. q
- Budaya kompleks dari segi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum, adat istiadat dan kebiasaan
Kesantunan Merentas Budaya
Kesantunan yang bergantung pada budaya / perbuatan dalam masyarakat
masing- masing
·
Konsep
kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja q
·
Pemahaman
tentang apa-apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi
penekanan dalam proses berkomunikasi
·
KOMUNIKASI SILANG BUDAYA = komunikasi melibatkan pelbagai budaya
·
Tahap
silang budaya boleh diukur berdasarkan padangan terhadap dunia, kepercayaan dan
tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan
·
Setiap
budaya mempunyai tanggapan masing- masing mengenai apa-apa yang betul / salah
DALAM KONTEKS KOMUNIKASI
TINGGI :
·
Fokus
kepada kandungan tersirat yang ingin disampaikan
·
Contoh
: intonasi, isyarat badan dan persekitaran
·
RENDAH :
·
Fokus
kepada apa yang dinyatakan secara lisan.
·
Jelas,
tepat dan terus terang.
·
Sekiranya
tidak setuju, mereka akan menyatakan tidak secara terangan tanpa berkias /
hanya menunjukkan isyarat setuju melalui bahasa badan / mimik muka.
Contoh
Kesantunan
1. MASYARAKAT MELAYU
- Berpegang kuat pada adat resam dan agama
- Memberi salam apabila bersua
- Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
- Berkata sapan.
- Mematuhi sistem panggilan.
- Melayan tetamu dengan baik
- Menghormati orang tua.
2. MASYARAKAT CINA
- Tunduk ketika memberi salam.
- Orang tua makan dahulu
- Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu sebelum bermula makan
- Dalam tokong, tidak membenarkan memakai topi.
- Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah
MASYARAKAT INDIA
·
Duduk
bersila semasa makan.
·
Tidak
membazirkan makanan.
·
Senyap
semasa bersembahyang.
·
Menangalkan
kasut sebelum masuk ke dalam kuil
·
Mematuhi
adat dan resam
·
Salam
orang yan lebih tua.
Dalam Aspek Perkahwinan:
Upacara perkahwinan berbeza-beza antara kaum disebabkan oleh latar belakang budaya yang berbeza.
Upacara perkahwinan berbeza-beza antara kaum disebabkan oleh latar belakang budaya yang berbeza.
1.
PERKAHWINAN
MASYARAKAT MELAYU
·
ADAT
MERISIK: tahap awal penjodohan
yang melibatkan pertemuan wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Proses ini
dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik
kedua-dua belah pihak.
·
Pandangan dan restu
orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang
besar untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati itu masih belum berpunya
dan menyelidik latar belakang si gadis.
·
MEMINANG: Ibu bapa anak dara
tidak akan memberi jawapan yang muktamad. Mereka diberi tempoh untuk memberi
jawapan (bertangguh) Adat ini mencerminkan budaya Melayu yang berhati-hati
dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap
tingkahlaku.
·
AKAD
NIKAH :
Suatu ajaran agama di
mana doa selamat dibacakan sebagai tanda kesyukuran. Mereka akan bersalaman
sebagai tanda mereka telah diijabkabulkan.
·
UPACARA
BERSANDING:
dijalankan di rumah pengantin perempuan. Air mawar akan dipercikkan pada
mereka sebagai tanda doa. Tetamu diberi bunga telur sebagai tanda penghargaan.
2.
PERKAHWINAN
MASYARAKAT CINA
·
ADAT
MERISIK: Dijalankan untuk
mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Perbincangan antara dua buah
keluarga akan diadakan. Tradisi ini diadakan untuk mengeratkan perhubungan di
antara dua keluarga. Topiik perbincangan adalah berkenaan latar belakang
keluarga dan asal keturunan.
·
MEMINANG: dijalankan setelah dua keluarga berpuas hati dengan latar belakang keluarga
masing-masing. Setelah dua pihak saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,
barulah adat bertunang dijalankan.
·
MAJLIS
PERKAHWINAN: Upacara meminum teh
diamalkan sebagai lambang penerimaan pasangan pengantin. Tujuannya adalah untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menunjukkan penghormatan terhadap orang
yang lebih tua dalam keluarga.
·
JAMUAN
PERKAHWINAN: Saudara mara,
rakan-rakan dan jiran dijemput. Mereka akan memberi ang-pau kepada pasangan
pengantin sebagai tanda restu. Kedua-dua pengantin beramah mesra dengan
ahli keluarga untuk menjalin hubungan yang akrab anatara dua buah
keluarga.
3. PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA
·
ADAT
MERISIK: Pelbagai faktor
(etnik, sub etnik, kasta, agama dan dll) diberi perhatian.
·
KUNJUNGAN
KE RUMAH PENGANTIN: Bakal pengantin lelaki
berkunjung ke rumah bakal pengantin perempuan untuk melihat paras rupa calon
isterinya. Buah tangan dibawa sebagai tanda niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi
hubungan kekeluargaan. Pihak
perempuan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju
·
IKAT
JANJI : Dilakukan selepas
mendapat persetujuan kedua-dua pihak. Wakil lelaki datang ke rumah pihak
perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dan memberikan hadiah kepada wakil
perempuan. Bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan
tersebut
·
UPACARA
PERKAHWINAN: Untuk
menghormati dan mendapat restu, menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada
bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak
kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua),
sari (ibu mertua) dan wang.